Phone : (+6) 05-773 1668

0

 x 

Cart empty

Info IMP

IMP iaitu Islamic Manufacturing Practise ialah satu standard amalan pengeluaran produk-produk halalan thoyyiban berdasarkan syarak yang telah didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (IPCM). Proses ini bermula dari modal, bahan, pekerja, proses dan kaedah pengeluaran yang halal bersih dan suci, kaedah pemasaran dan proses perniagaan yang mematuhi syarak serta diredai Allah. Amalan ini telah diasaskan oleh Ustaz Ahmad Tajuddin Arshad, dan sekarang diletakkan dibawah pengurusan IMP Community.

Mengapa perlunya IMP?

IMP sangat perlu pada zaman ini untuk memastikan sesuatu yang kita makan, minum dan pakai yang akan menjadi darah daging kita adalah dari sumber yang halal lagi baik (halalan toyyiban). Dengan adanya proses pengeluaran yang hebat ini dengan mamasukkan unsur unsur kerohanian seperti bacaan al-Quran, mengaji dan kegiatan ilmu, dhuha, zikir, amalan sunnah dan sebagainya, produk yang dikeluarkan Insya Allah mendapat keberkatan rohani dan jasmani.

 

Openning hours

payment methods