Umum

Halal Tourism

Pelancongan Halal adalah satu bentuk pelancongan yang menitikberatkan kepatuhan terhadap sistem dan nilai yang ditetapkan syarak. Dalam konteks hari ini, pelancong Muslim terutamanya mendambakan pelancongan yang mesra ibadah, dan bebas maksiat. Bukan itu sahaja, penyediaan makanan Halal adalah keperluan kepada pelancong Muslim sepanjang melancong. Layanan istimewa dan mengikut adab-adab dalam Islam sudah pasti menjadi idaman buat pelancong.

Menyedari keperluan pelancong Muslim masa kini , Sidratul Corporation memperkenalkan satu bentuk pelancongan yang dinamakan sebagai ‘IMP Halal Tourism’. Sebagai pengeluar produk makanan dan minuman Halalan Toyyiba, Sidratul Corporation komited dalam melaksanakn IMP Halal Tourism  bagi memperkenalkan kepada pelancong mengenai  prinsip-prinsip kesucian rohani dan jasmani berlandaskan syariah dan hukum-hukum Islam yang  merangkumi :

  • pengurusan
  • proses pengilangan
  • perkhidmatan
  • perniagaan

Pelancongan Halal ini dapat mendidik masyarakat tentang Halalan Toyyiba dalam konteks global yang bukan hanya boleh diaplikasikan kepada pengguna Islam tetapi seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.

Dengan mengikuti pelancongan Halal IMP, pelancong berpeluang untuk merasai  pengalaman berharga seperti:

  • Mempelajari Amalan Pengilangan Islam
  • Melancong sambil makan makanan bukan sahaja Halal tapi Halalan Toyyiba
  • Melancong dengan menjaga diri daripada perkara syubhah dan Haram
  • Membeli belah makanan Halalan Toyyiba

 

APA ITU IMP?

AMALAN-AMALAN IMP

Sidratul Corporation mengamalkan “Islamic Manufacturing Practice” atau Amalan Pengilangan Islam dimana amalan ini dijadikan rutin harian kepada smua staf yang berkerja di Sidratul Corporation. Disini semua staf yang berkerja mestilah beragama islam dan patuh kepada hukum-hukum Allah. Amalan-amalan yang dilakukan adalah seperti perhimpunan pagi yang dimulai dengan bacaan Asmaul Husna, zikir, tazkirah, selawat Syifa serta doa Duha. Semua staf dikehendaki menunaikan solat Duha berjemaah sebelum melakukan kerja. Mereka juga dikehedaki sentiasa dalam keadaan berwuduk dan menutup aurat bagi wanita agar kerja-kerja yang dilakukan mendapat keberkatan. Amalan Pengilangan Islam ini dapat melahirkan insan yang berakhlak mulia dari sudut rohani dan jasmani. Maka lahirlah makanan yang suci lagi bersih dari jiwa atau roh yang mengamalkan hukum-hukum Allah.

Disini juga pelancong dapat melihat sendiri proses pembuatan makanan dari pengusaha yang beragama islam kepada produk yang halal lagi baik atau dikenali sebagai Halalan Toyyiba.

PERSIJILAN IMP (Islamic Manufacturing Practice)

IMP Ialah satu piawaiaan yang bertaraf “HALALAN TOYYIBA” yang mempunyai prinsip- prinsip kesucian rohani dan jasmani, keselamatan, kualiti dan keberkesanan terhadap pemikiran, perasaan, jiwa dan akhlak manusia.

 


Halal Souq

Menjual produk-produk makanan Halalan Toyyiba

 


Baitul Qahwah

Nikmati kopi segar dan lazat 100% Halal Toyyiba

 

Galeri Halal

Mempamerkan produk-produk makanan Halalan Toyyiba

 

Bilik Seminar

Ruang yang luas dan lengkap untuk aktiviti ceramah dan kursus-kursus keusahawanan

 


Sidratul Enteprise

Rasai pengalaman melihat pemprosesan produk makanan mengikut amalan pengilangan Islam

Kosmetik

Kami adalah syarikat yang menawarkan anda pelbagai perkhidmatan pembuatan makanan berasaskan herba, jus, minuman, kosmetik, servis bagi reka bentuk percetakan serta rangkaian perniagaan kepada anda.


Kami menawarkan kepada anda, pembuatan makanan dan minuman serta kosmetik bersumberkan yang halal lagi thoyyiba. Syarikat kami telah mula bertapak sejak tahun 2003 dan sehingga kini kami mempunyai 14 buah bangunan bagi menjalankan operasi setiap hari

Makanan & Minuman

Kami adalah syarikat yang menawarkan anda pelbagai perkhidmatan pembuatan makanan berasaskan herba, jus, minuman, kosmetik, servis bagi reka bentuk percetakan serta rangkaian perniagaan kepada anda.


Kami menawarkan kepada anda, pembuatan makanan dan minuman serta kosmetik bersumberkan yang halal lagi thoyyiba. Syarikat kami telah mula bertapak sejak tahun 2003 dan sehingga kini kami mempunyai 14 buah bangunan bagi menjalankan operasi setiap hari

Industri Pengilangan Produk

Sidratul sebagai "Rakan Pengilangan Anda" telah membantu hampir 100 buah syarikat Bumiputera untuk memulakan perniagaan didalam industri makanan Halalan Toyyiba. Melalui pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan, Sidratul menjadi pilihan utama usahawan-usahawan Bumiputera untuk mengeluarkan produk-produk makanan,minuman dan kosmetik atas jenama mereka sendiri.

Hubungi Kami

Sidratul Corporation

No. 11 Jalan Industri 1, Taman Perindustrian IKS MIEL, 33010 Kuala Kangsar,Perak Darul Ridzuan

Tel : + 605-773 1668
Fax : + 605-776 5668
Emel:This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Website: www.sidratul.com

Waktu Operasi

Dimaklumkan waktu operasi kami adalah seperti berikut:

Isnin-Khamis: 8pg - 6ptg

Jumaat: 8pg-5ptg

Sabtu: 8pg - 1ptg

Ahad: Tutup

Mengenai Kami

Sidratul Enterprise ditubuhkan pada tahun 1995 dan merupakan sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh golongan Bumiputera.

Penubuhan syarikat ini bertujuan memperkenalkan dan mempraktikkan amalan pengilangan Islam secara meluas di seluruh negara.